Tuesday, 14 August 2012

Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jamae


Bismillahirrahmanirrahim...

Pada 12 Ogos yang lepas, Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan bersama ABIM dan WADAH telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jamae di Masjid Negeri Sembilan. Para peserta terdiri dari pada murid-murid dari Sekolah Agama Rakyat di sekitar Negeri Sembilan. Pada waktu pagi, para murid didedahkan dengan ilmu tajwid yang asas sambil dibantu oleh fasilitator. Pada waktu petang, terdapat persembahan Qasidah daripada finalis Akademi Al-Quran musim ke-5, Husaini dan seorang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia. Selain itu, terdapat juga ceramah yang disampaikan oleh Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Ustaz Tuan Nor Azamir Alias. Alhamdulillah, dengan berkat Allah dan usaha dari semua pihak, program ini dapat dijalankan dengan baik. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu.














Monday, 6 August 2012

Sebar Ilmu @ Masjid

Assalamu'alaikum... Baru-baru ini berjaya mengadakan program yang dinamakan SEBAR ILMU @ MASJID. Program ini telah diajalankan pada 30 Julai, 2 Ogos dan 3 Ogos di masjid-masjid terpilih iaitu Masjid UIA Gombak  Masjid UIA PJ, Kuala Lumpur dan Masjid Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Tujuan program ini diadakan ialah untuk menyebarkan mesej Islam melalui pengedaran Risalah Ilmu Islam edisi kedua di samping iftar dan menunaikan solat jemaah bersama bagi menunjukkan kepada para peserta bahawa berdakwah sebenarnya tidaklah susah seperti yang disangka. Terima kasih kepada semua warga Persatuan Pelajar Negeri Sembilan dan wakil dari Badan Gabungan Negeri yang lain yang turut memberi sokongan terhadap program ini.

MASJID UIA GOMBAK- 30 JULAI 2012








MASJID UIA PJ- 2 OGOS 2012




MASJID BANDAR BARU NILAI- 3 OGOS 2012




Friday, 27 July 2012

Iftar Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia UIA PJ

Assalamu'alaikum.. pada 26/7/2012(Khamis), Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan telah menghadiri di majlis Iftar Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia di Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya. Majlis ini diadakan untuk merapatkan ukhuwah antara ahli PKPIM di sana. Selepas iftar, program diteruskan dengan solat fardu Isya' dan terawih secara berjemaah. Akhir sekali, tahniah buat pimpinan PKPIM di UIA PJ dan semoga aktiviti berkenaan mencapai objektifnya.










Monday, 23 July 2012

Risalah ILMU ISLAM Edisi Kedua

Assalamu'alaikum.. dengan bantuan Allah s.w.t, akhirnya PPINS berjaya menghasilkan sebuah lagi risalah Ilmu Islam yang akan berada di Mahallah Maryam UIA Gombak pada hari Selasa(24/7/2012). Seterusnya penyebarkan risalah ini akan diteruskan melalui program Sebar Ilmu @ Masjid yang akan bermula tidak lama lagi. Moga dengan penerbitan risalah ini akan meningkatkan kefahaman kita tentang ilmu-ilmu berkaitan dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia. Amin.

terima kasih kepada editor iaitu Adam Roslan dan Azril Suhaili

Saturday, 21 July 2012

Ramadhan Kareem

Assalamu'alaikum.. kami warga Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada umat Muslim di dunia. Semoga anda semua manfaatkan peluang pada bulan Ramadhan untuk mendapatkan keredhaan Allah. SATUKAN HATI KAMI.


Thursday, 19 July 2012

Kursus Asas Fasilitator Islam (KAFI)

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulilllah, baru-baru ini, kami ahli Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan (PPINS) telah mengadakan satu program yang diberi nama Kursus Asas Fasilitator Islam (KAFI) bertempat di Kem Herba Hulu Langat, Selangor selama 3 hari 2 malam bermula 13 Julai sehingga 15 Julai 2012. Dengan kerjasama dari ahli PPINS sendiri, program ini berjalan dengan lancar dari bermulanya program sehingga ke hari yang terakhir. 

Salah satu tujuan utama PPINS menganjurkan program sebegini adalah untuk mendedahkan ilmu asas untuk menjadi seorang fasilitator dalam kalangan pelajar kolej/universiti. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam ini ialah T.I.N (Ta'aruf, Ice Breaking, Niat), Riadhah Bermodul seperti Explorace dan sebagainya. 

para peserta KAFI



Antara barisan komiti

Explorace





Makan Berjemaah :)

Peserta Perempuan

Peserta Lelaki


Terima kasih tak terhingga buat semua komiti PPINS yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan program ini. Buat para peserta, semoga ilmu yang disampaikan dapat digunakan dengan betul seterusnya dapat disampaikan kepada orang lain. Akhir kata, semoga usaha baik kita mendapat keberkatan dan rahmat dari-Nya. Amin, Amin Ya Rabbal A'lamin.

Wednesday, 11 July 2012

Risalah Ilmu Islam kini di UIA Gombak!

Assalamu'alaikum.. sukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa kami ingin menerbitkan sebuah risalah yang dinamakan Ilmu Islam di Universitit Islam Antarabangsa, Gombak. Risalah ini boleh diambil secara percuma bermula pada pagi Rabu iaitu pada 11/7/2012 secara PERCUMA! Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan risalah ini di kafe dan kiosk ZC. Oleh itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada editor anak muda dari PPINS dan PERKEPIS(Pesatuan Kebangsaan Pelajar Islam Sarawak) yang bergabung tenaga menghasilkan risalah ini dan penghargaan juga patut diberikan kepada pihak kiosk ZC dan kafe Mahallah Maryam atas kerjasama untuk memeberi ruang kepada kami untuk sampaikan risalah ini.