Sunday 20 October 2013

Kursus Pembentukan Kejurulatihan dan Fasilitator KBI "Set The Trainer"

Assalamu’alaikum buat para pembaca. Pada 19 Oktober iaitu pada  hari Sabtu(semalam), PPINS telah diwakili oleh beberapa ahli bagi menghadiri Seminar Kejurulatihan dan Fasilitator anjuran Koperasi Belia Islam dan dikendalikan juga oleh Fokus Training and Consultancy. Program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta tentang asas-asas kejurulatihan dan fasilitator supaya dapat menjadi jurulatih atau fasilitator yang hebat untuk program-program yang akan datang.


Ini merupakan satu peluang yang sangat besar untuk PPINS bagi mengembangkan sayap kefasilitatorannya supaya dakwah dapat berkembang dengan lebih meluas lagi di Negeri Sembilan dan juga di seluruh dunia. Para peserta telah berpeluang mempelajari pelbagai perkara daripada intipati program yang dijalankan dari pagi hingga ke malam ini. Semoga program ini dapat memberikan impak kepada para peserta yang hadir untuk memanfaatkan ilmu yang diperoleh bagi membangunkan umat Islam.