Saturday 24 November 2012

Program Tabung Dakwah Masjid Negeri, Negeri Sembilan

Assalamu'alaikum. Pada 23 November 2012 bersamaan 10 Muharram 1434 Hirah, Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan(PPINS) telah mengadakan Program Tabung Dakwah di Masjid Negeri, Negeri Sembilan. Program ini berlangsung ketika solat jumaat diadakan di masjid berkenaan. Ini merupakan salah satu usaha PPINS untuk menambahkan dananya di samping memperkenal PPINS kepada orang awam.

Alhamdulillah jumlah yang berjaya dikumpul ialah RM590.00. In Shaa Allah PPINS akan menggunakan dana berkenaan untuk menggerakkan dakwah Islam di serata tempat terutamanya di Negeri Sembilan. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terus menyokong kami, semoga anda semua dirahmati Allah.