Wednesday 26 December 2012

Gotong-royong TASKI ABIM Rembau

Assalamu'alaikum. Pada 25 September 2012, ahli-ahli PPINS melakukan aktiviti gotong-royong di Taman Asuhan Kanak-kanak Islam(TASKI), Rembau, Negeri Sembilan. Aktiviti ini dijalankan bermula pada waktu sehingga lewat petang. Alhamdulillah dengan usaha ini moga bakal-bakal penghuni TASKI tersebut dapat belajar dengan baik dan selesa. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli PPINS sendiri. Moga usaha ini diredhai Allah.

sebelum

selepas

selepas



Monday 24 December 2012

The Making Of We Love Muhammad

Assalamu'alaikum kepada para pembaca. Pada 22 Disember 2012(Sabtu), PPINS telah mengadakan sebuah program bertemu masyarakat Negeri Sembilan iaitu 'The Making of We Love Muhammad'. Program ini telah diadakan di Seremban dan Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. Program ini bertujuan untuk membuat rakaman tentang luahan rasa cinta umat Islam di Negeri Sembilan terhadap nabi junjungan, Nabi Muhammad s.a.w. Segala gambar dan video semasa hari kejadian akan dikumpulkan untuk pembikinan video We Love Muhammad yang akan dilancarkan semasa Maulidur Rasul pada tahun hadapan.

Alhamdulillah ramai siswa dan siswi sudi dari pelbagai IPT menjadi sukarelawan untuk turun padang bertemu dengan masyarakat. Tahniah buat semua peserta! Semoga aktiviti ini dapat mengingatkan kembali umat Islam terhadap perjuangan Rasulullah s.a.w.















Tuesday 18 December 2012

Program Tahsin Solat Nilai 2012

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca.. Pada 15 Disember lepas, PPINS telah mengadakan Program Tahsin Solat di Surau Ar-Rahmah, Desa Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila seramai 106 orang menyertai program ini. Mereka terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja yang masih bersekolah. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua komiti serta pasukan fasi yang menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa, pihak penaja dan warga taman Desa Cempaka. Semoga anak-anak anda dapat mengerjakan wudhu' dan menunaikan solat fardhu dengan sempurna.





















Tuesday 4 December 2012

JAMBORI Remaja Islam 2012

Assalamu'alaikum.. pada 30 November hingga 2 Disember 2012, Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan telah bekerjasama dengan Kesatuan Pelajar Islam Johor(KPIJ) serta Persatuan Pelajar Islam Melaka(PEPIM) bagi anjuran program JAMBORI Remaja Islam 2012 di Sungai Sudah, Muar. Program ini bertujuan untuk membentuk peribadi yang mulia buat remaha sasaran iaitu sekitar umur 12-17 tahun. Alhamdulillah program ini disertai oleh puluhan peserta dan tampaknya majoriti peserta JAMBORI gembira dengan program tersebut. Semoga mereka menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.



senaman pagi

aktiviti kembara alam



aktiviti menyembelih ayam

aktiviti memasak berkumpulan