Tuesday 17 December 2013

Kem Jambori Islam PPINS 2013

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca. Alhamdulillah pada 13-15 Disember iaitu Jumaat hingga Ahad yang lepas, PPINS telah berjaya mengadakan Kem Jambori Islam 2013. Kem ini bermatlamatkan pembinaan dan penyuburan ukhuwwah Islamiyyah antara anak-anak Negeri Sembilan di samping membina remaja yang memaknai erti sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini.

Pelbagai akitivit menarik diadakan seperti 'war game', 'kembara seorang hamba' dan pelbagai lagi. Kami berharap agar para peserta mendapat manfaat daripada program ini dan mengamalkan segala pengajaran yang diperoleh selepas program.














Wednesday 27 November 2013

Mesyuarat Selari PKPIM

Assalamu'alaikum buat para pembaca blog PPINS. Baru-baru ini Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) telah mengadakan mengadakan mesyuarat selari pada Sabtu dan Ahad lepas(23-24 November). Kami telah menghantar beberapa orang untuk mewakili PPINS bagi menyertai perbincangan penting itu.

Semoga dengan perbincangan ini dapat memantapkan lagi gerakan dakwah kami di Negeri Sembilan dan seluruh pelusuk dunia.







Sunday 20 October 2013

Kursus Pembentukan Kejurulatihan dan Fasilitator KBI "Set The Trainer"

Assalamu’alaikum buat para pembaca. Pada 19 Oktober iaitu pada  hari Sabtu(semalam), PPINS telah diwakili oleh beberapa ahli bagi menghadiri Seminar Kejurulatihan dan Fasilitator anjuran Koperasi Belia Islam dan dikendalikan juga oleh Fokus Training and Consultancy. Program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta tentang asas-asas kejurulatihan dan fasilitator supaya dapat menjadi jurulatih atau fasilitator yang hebat untuk program-program yang akan datang.


Ini merupakan satu peluang yang sangat besar untuk PPINS bagi mengembangkan sayap kefasilitatorannya supaya dakwah dapat berkembang dengan lebih meluas lagi di Negeri Sembilan dan juga di seluruh dunia. Para peserta telah berpeluang mempelajari pelbagai perkara daripada intipati program yang dijalankan dari pagi hingga ke malam ini. Semoga program ini dapat memberikan impak kepada para peserta yang hadir untuk memanfaatkan ilmu yang diperoleh bagi membangunkan umat Islam.







Monday 30 September 2013

Kelas Kemahiran Asas Adobe Photoshop UIAM

Assalamu'alaikum. Pada 29 September(Ahad), PPINS UIAM telah mengadakan kelas kemahiran asas Adobe Photoshop bertempat di bangunan Kuliyyah of Architecture and Environmental Design(KAED), Universiti Islam Antarabangsa. Kelas ini dijadikan satu peluang untuk ahli-ahli PPINS dan para pelajar yang lain untuk mendalami ilmu tentang penggunaan perisisan tersebut.

Hal ini amat penting untuk kita melahirkan para pendakwah yang serba boleh bagi menunjukkan bahawa Islam ini sesuatu yang sangat luas dan indah. Sekiranya para pendakwah dapat membuat rekaan poster program Islamik yang menarik, maka ramai umat Islam mahupun bukan Islam akan tertarik untuk menghadiri program yang dianjurkan. Bukan itu sahaja, perkara ini tidak langsung menarik semua orang tentang Islam.

Kami berharap para peserta yang mengikuti kelas ini mendapat manfaat serta dapat membuat rekaan digital mengikut acuan mereka sendiri. Semoga berjaya!








Saturday 28 September 2013

Kursus Pengurusan Jenazah PPINS

Assalamu'alaikum. Pada 21 September(Sabtu) yang lepas, PPINS UIAM telah mengadakan kursus pengurusan jenazah di Masjid Ar-Rahimah. Program ini dijalankan pada waktu pagi hingga petang dan telah disertai oleh 42 orang peserta yang terdiri daripada pelajar ijazah UIA, pelajar asasi UIA dan bekas pelajar UIA.

Program ini diadakan untuk mendidik para pelajar yang terdiri daripada orang muda tentang betapa pentingnya untuk kita menjalankan tanggungjawab dalam menguruskan jenazah sekiranya berlaku kematian. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan ahli keluarga atau saudara-mara yang terdekat. Bukan itu sahaja, peserta yang terdiri daripada pelajar juga amat digalakkan untuk bertanyakan soalan kepada penceramah iaitu Ustaz Manap.

Alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang baik dan mendapat maklum balas yang baik daripada sebahagian peserta. Semoga program ini memberikan manfaat dan lebih ramai lagi yang akan menyertai program PPINS atau menjadi ahli PPINS untuk berkhidmat kepada masyarakat Islam terutamanya.

Gambar-gambar program:











Monday 16 September 2013

Program Pengenalan PPINS di USIM dan Program Tahsin Solat

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua? Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Pada hari Jumaat(13/9) yang lepas, PPINS telah dijemput untuk memberikan pengenalan tentang pertubuhan ini kepada para pelajar baru Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Nilai. Ini merupakan satu berita gembira buat kami kerana mendapat wadah permulaan untuk mencari ahli-ahli yang baru dalam kalangan pelajar USIM.

Selain PPINS, pihak Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Sembilan(ABIMNS) juga menyampaikan pengisian untuk anak-anak muda di dalam dewan kuliyah itu.







Program Tahsin Solat Masjid At-Taqwa, Kampung Paroi

Pada hari Sabtu(14/9) pula, pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dengan kerjasama PPINS telah mengadakan program tahsin solat bertempat di Masjid At-Taqwa, Kampung Paroi, Negeri Sembilan. Program ini diadakan untuk membantu adik-adik di peringkat sekolah rendah dan menengah memperbaiki solat mereka serta mengajarkan mereka tentang wudhu' dan bab kesucian. Alhamdulillah program ini berjaya dilaksanakan dan kami mengharapkan usaha ini dapat membantu mereka untuk mengerjakan solat dengan lebih sempurna.







Thursday 29 August 2013

Lawatan TASKI ABIM An-Nur Rembau ke Putrajaya dan Kuala Lumpur

Assalamu'alaikum. Pada 28 Ogos iaitu hari Rabu yang lepas, PPINS yang diwakili oleh beberapa ahlinya menyertai lawatan Taman Asuhan Kanak-kanak Islam Angkatan Belia Islam Malaysia(TASKI ABIM) An-Nur Rembau ke Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti yang mengisi jadual tahunan TASKI An-Nur untuk memberikan peluang kepada kanak-kanak yang belajar di TASKI berkenaan melihat dunia ciptaan Allah yang sangat luas. Semoga aktiviti ini dapat merapatkan jurang ahli-ahli PPINS yang kebanyakannya terdiri daripada mahasiswa dengan kanak-kanak Muslim.