Thursday 28 March 2013

Forum: Apa Ertinya Saya Menganut Islam?

Assalamu'alaikum buat para pembaca.. Alhamdulillah pada 26 Mac(Selasa),  PPINS dengan kerjasama Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa(SRIM) telah berjaya mengadakan Forum di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) bertajuk Apa Ertinya Saya Menganut Islam yang disampaikan oleh 3 orang panel iaitu:

1) Ustaz Haji Nor Azamir Alias, Timbalan Mufti Negeri Sembilan
2) Ustaz Jaafar Muhammad, Ketua Perunding Salam Perdana
3) Ustaz Salman, Pengasas Darulilmi

Forum ini juga dikendalikan oleh saudara Muhammad Adam, Exco PPINS dan pelajar dari UIAM. Forum ini membicarakan tentang beberapa persoalan asas dalam Islam mengikut konsep aqidah, 'Ibadah, akhlak dan jemaah. Alhamdulillah semoga forum ini memberi manfaat kepada semua. Nantikan forum ini di UIAM, Gombak!!




Ustaz Jaafar Muhammad

Ustaz Salman

Ustaz Haji Nor Azamir

Saudara Adam

Monday 18 March 2013

Himpunan Keluarga Besar PPINS-ABIM-WADAH

Assalamu'alaikum. Pada 16 Mac iaitu hari Ahad yang lepas, Himpunan Keluarga Besar PPINS-ABIM-WADAH diadakan di Universiti Klinikal Antarabangsa, Rasah, Negeri Sembilan. Dalam majlis ini, ahli-ahli PPINS, ABIM dan WADAH dapat berkumpul bersama untuk bertukar-tukar pendapat mereka tentang keadaan semasa dan membuat penerangan tentang soal siasah. Kami berharap himpunan seperti ini dapat dilakukan dengan lebih giat untuk merapatkan ukhuwah antara ahli PPINS-ABIM-WADAH untuk menjayakan pergerakan da'wah di bumi Negeri Sembilan.








Thursday 14 March 2013

Mesyuarat dan Usrah PPINS UIA

Assalamu'alaikum.. Pada tanggal 12 Mac lepas iaitu pada hari Selasa, pimpinan PPINS UIA dan ahli-ahli PPINS yang lain berhimpun bersama untuk mengadakan usrah yang bertajuk: Saya Mestilah Muslim di Sudut 'Ibadah kupasan buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam?. Selepas itu, mesyuarat diadakan dan diketuai oleh saudara Muhammad Adam, iaitu YDP PPINS UIA. Beliau membentang beberapa aktiviti dan projek yang bakal dijalankan pada bulan Mac dan April. In Shaa Allah kami mengharapkan agar semua perancangan dapat dilaksanakan dengan baik agar da'wah Islam berjaya disebarkan dan diterima oleh seluruh umat Islam.

Kami juga ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada saudara Fakruradzi, YDP PPINS Pusat dan juga ahli-ahli yang lain yang lahir pada bulan Mac. Semoga Allah merahmati kalian.





Tuesday 5 March 2013

Perkampungan Menara Gading Negeri Sembilan 2013

Assalamu'alaikum.. Pada 22-24 Februari 2013, Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan(PPINS) telah mengadakan program Perkampungan Menara Gading Negeri Sembilan(PMGNS) 2013. Program ini telah diadakan di Sekolah Rendah Islam Integrasi(Tahfiz) Darul Ulum, Seremban, Negeri Sembilan.

Program ini merupakan program tahunan PPINS. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan pelajar-pelajar lepasan SPM dan memberikan panduan kepada mereka untuk menempuhi kehidupan selepas SPM sehinnga ke alam kerjaya. Alhamdulillah program ini telah dijalankan dengan jayanya. Kami berharap para peserta dapat menyiapkan diri mereka untuk menempuhi alam universiti yang pasti mempunyai pelbagai cerita kehidupan di sana.