Thursday 29 August 2013

Lawatan TASKI ABIM An-Nur Rembau ke Putrajaya dan Kuala Lumpur

Assalamu'alaikum. Pada 28 Ogos iaitu hari Rabu yang lepas, PPINS yang diwakili oleh beberapa ahlinya menyertai lawatan Taman Asuhan Kanak-kanak Islam Angkatan Belia Islam Malaysia(TASKI ABIM) An-Nur Rembau ke Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti yang mengisi jadual tahunan TASKI An-Nur untuk memberikan peluang kepada kanak-kanak yang belajar di TASKI berkenaan melihat dunia ciptaan Allah yang sangat luas. Semoga aktiviti ini dapat merapatkan jurang ahli-ahli PPINS yang kebanyakannya terdiri daripada mahasiswa dengan kanak-kanak Muslim.


















Thursday 22 August 2013

Majlis Hari Raya PPINS UIAM

Assalamu'alaikum. Pada 21 Ogos 2013, PPINS UIA telah mengadakan usrah dan majlis hari raya di Mahallah Maryam, UIAM Gombak. Menariknya, majlis ini dihadiri oleh Exco PPINS Pusat, ahli-ahli PPINS di peringkat asasi UIA serta hadirin dari kampus UiTM Shah Alam.

Usrah berjalan dengan sangat baik dan pengisiannya yang sangat menarik iaitu menekankan tajuk "Saya Mestilah Muslim di Sudut Aqidah(bahagian 2)" dan "Sahabat". Akhir sekali, hadirin dapat menikmati hidangan Hari Raya yang menyelerakan. Moga majlis ini dapat mengeratkan ukhuwah sesama ahli untuk kita sama-sama membina diri kita menjadi individu Muslim yang baik serta bergerak dalam satu kumpulan untuk menegakkan Islam di muka bumi ini.








Monday 19 August 2013

Konvoi Raya PPINS 2013

Assalamu'alaikum buat para pembaca. Pada tahun ini, juga seperti tahun sebelumnya, Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan(PPINS) telah mengadakan program ziarah atau dikenali sebagai Konvoi Raya PPINS pada 17-18 Ogos iaitu hari Sabtu dan Ahad yang lepas. Ahli-ahli PPINS mengunjugi rumah sesama sendiri untuk mengeratkan silaturahim antara mereka serta mengambil tahu tentang situasi semasa ahli. Di samping itu, konvoi raya ini juga merupakan peluang kepada pimpinan PPINS untuk memberikan maklumat tentang persatuan kepada ahli keluarga ahli PPINS agar dapat meningkatkan persefahaman tentang pergerakan persatuan ini. Berikut merupakan gambar-gambar suasana Hari Raya PPINS:










Tuesday 6 August 2013

Pengedaran Majalah Mini Ilmu Islam di Masjid SHAH

Assalamu'alaikum. Pada 30 Julai(Selasa), ahli-ahli PPINS telah mengedarkan majalah terbitan pertama PPINS iaitu majalah Ilmu Islam edisi Ramadhan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIA, Gombak.. Majalah ini merupakan satu idea baru bagi menyebarkan dakwah dan ilmu Islam ke seluruh masyarakat. Segala karya merupakan 100% hasil daripada pelajar UIA sendiri. Alhamdulillah, majalah ini mendapat sambutan hangat dan ada yang membuat permintaan untuk kami terbitkan lagi majalah sebegini. Moga usaha ini diredhai Allah.