Friday 12 April 2013

Jalinan Kersama PPINS- Akademi Insan Madani

Assalamu'alaikum buat para pembaca. Alhamdulillah pada hari Jumaat(12/4) yang mulia ini, Allah menurunkan rezekinya melalui pertemuan kami dengan Tuan Haji Rais, yang merupakan pengarah bagi Syarikat Akademi Insan Madani. Syarikat Akademi Insan Madani merupakan syarikat korporat yang didaftarkan pada 2010, dan fokus bidangnya ialah konsultan.

Melalui kerjasama ini, PPINS akan membentuk satu pasukan fasi untuk dimasukkan terus ke dalam syarikat Akademi Insan Madani untuk menguruskan sepenuhnya syarikat berkenaan. Kedua, PPINS juga mendapat ruang operasi yang baru di Nilai. Ketiga, melalui kerjasama ini juga mengembangkan jaringan PPINS dengan nama-nama besar yang lain seperti Angkasa.

Oleh itu, mari kita berdoa agar ruang ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk memastikan da'wah Islam itu berkembang di bumi Negeri Sembilan khususnya.