Thursday 27 October 2011

PPINS menawan Gunung Angsi dalam Kembara Khalifah (Siri Ke-2)

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah subhananahu wa ta’ala kerana dengan limpah dan kurnianya Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan (PPINS) dapat menjalankan program Kembara Khalifah siri ke 2. Untuk makluman semua, program Kembara Khalifah siri yang pertama telah dijalankan dengan jayanya pada 16 Julai 2011 di Teluk Kemang, Port Dickson bertemakan aktiviti kayak dan konsep manusia sebagai khalifah Allah, dengan penyertaan seramai 30 orang. Program Kembara Khalifah siri kedua yang berlangsung pada 15 Oktober 2011 ini telah mendapat sambutan dikalangan anak muda dan mahasiswa dari beberapa IPTA seperti UiTM, UIAM dan USIM. Kembara Khalifah kali ini berkonsepkan kembara di bumi Allah, seperti yang dikehendaki Islam yang inginkan umat Islam menghayati dunia flora dan fauna bagi menghayati keindahan alam ciptaan Allah ini di samping mengabdikan diri kepadanya. Firman Allah Ta’ala:


Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Al-‘Ankabut:20)

Program bermula pada jam 8.30 pagi dimana semua peserta berkumpul di hadapan Pejabat Perhutanan Ulu Bendul. Setelah berkumpul, para peserta melakukan regangan badan dan diberikan sedikit taklimat daripada Pengarah Program dan juga Pegawai JPA 3 yang bertugas. Peserta seringkali diingatkan tentang keselamatan dan penjagaan diri ketika mendaki nanti. Setelah itu, pendakian bermula pada jam 8.45 pagi. Anggota JPA 3 seramai 3 orang mengetuai pendakian ini. Pendakian dimulakan sehingga tiba di checkpoint yang pertama. Kami berhenti berehat sambil menikmati sarapan pagi iaitu sandwich dan coklat yang telah dibekalkan oleh AJK program. Pendakian berhenti rehat selama 30 minit untuk mengumpul tenaga dan mendapat rehat secukupnya. Seterusnya, pendakian disambung sehinggalah ke kaki Gunung Angsi.







Sebelum menyambung pendakian, kami sekali lagi diingatkan oleh Pegawai JPA3 supaya berhati – hati. Sekiranya penat, kami digalakkan untuk berehat seketika. Bermulalah pendakian sebenar yang mengambil masa selama 4 jam. Pendakian diteruskan sehinggalah ke Gunung Botak. Puncak gunung ini terasa panasnya dek kerana ia hanya mempunyai sedikit pokok yang hidup. Untuk sampai ke puncak Gunung Angsi kami terpaksa menggunakan tali bagi mengharungi bukit – bukit yang tinggi. Ia sangat mencabar namun dengan izin Allah dan kerjasama yang tinggi, kesemua peserta dapat mengharunginya.



Seterusnya, pendakian diteruskan untuk menuju ke puncak Gunung Angsi. Setelah 1 jam mendaki, akhirnya kami akhirnya sampai ke puncak Gunung Angsi. Kami telah tiba pada jam 2.00 petang. Alhamdulillah, kesemua peserta telah berjaya sampai ke puncak itu walaupun ada dikalangan peserta yang sudah mengaku kalah pada awalnya. Dengan semangat dan iltizam yang kuat, mereka berjaya juga sampai. Selepas sampai di puncak. Kami berehat seketika untuk mengumpul tenaga disamping menjamah nasi goreng dan buah-buahan yang dibawa sepanjang pendakian. Kemudiannya para peserta menunaikan solat Zohor secara berjemaah. Oleh kerana di puncak gunung tidak terdapat air, kami bertayammum menggunakan debu tanah yang bersih. Alhamdulillah dengan kurniaan Islam yang memudahkan umatnya, maka kami telah bertayammum.






Usai solat Zohor, kami mengadakan usrah di puncak gunung yang dipimpin oleh saudara Mohd Tarmizi Bin Rafai, exco Dakwah dan Tarbiyyah PPINS Pusat. Usrah ini berkisarkan tentang kejadian Allah dan kebesarannya serta ciptaan alam flora dan fauna. Pengisian  ini telah membuatkan hati kami terdiam seketika melihat betapa Agungnya ciptaanNya. Maha Suci Allah, kita dapat merasai kehebatanNya dengan hanya melihat alam yang dicipta seluasnya ini.








 Jam menunjukkan 3.30 petang, kami dinasihati oleh Pegawai JPA3 supaya segera turun sebelum langit menjadi gelap. Tanpa melengahkan masa, kami bersiap untuk turun. Semasa turun ke kaki Gunung, hujan renyai-renyai telah mula turun, namun ia tidak  membuatkan kami patah semangat untuk terus menuju ke destinasi. Setelah hampir 2 jam 30 minit rata-rata di antara kami sudah tidak mampu untuk berjalan, jadi Pegawai JPA 3 membawa kami melalui jalan pintas untuk sampai ke kaki Gunung Angsi di jalan Bukit Putus. Tambahan pula kami perlu menjimatkan masa kerana ada di antara kami yang perlu pulang ke kampus semula. Walaupun keletihan, kegembiraan terpancar di wajah kami kerana kami sudah berjaya menawan Gunung Angsi yang berketinggian setinggi 825 meter. Syukur sekali lagi kepadaNya kerana telah memberi keselamatan dan kemudahan kepada kami sepanjang perjalanan pergi dan balik. Kami berehat seketika menikmati udara yang segar disamping melihat kawanan burung yang berterbangan di awanan, sementara menunggu AJK Program yang lain datang mengambil kami untuk pulang ke Ulu Bendul.





Akhir sekali, sekalung penghargaan buat penganjur program iaitu Biro Rekreasi & Sukan PPINS yang diketuai oleh Abdullah Fazrin b. Zamani dan dibantu oleh Wan Ahmad Shahmi b. Wan Zainal. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di atas sumbangan kewangan untuk menjalankan program ini. Tidak dilupakan juga kepada ahli – ahli PPINS dan para peserta yang telah sama-sama menjayakan program ini. Semoga ada manfaatnya untuk kebaikan kita semua. Nantikan Kembara Khalifah untuk siri yang ke-3 nanti, in sya Allah.

Lagi gambar-gambar program, klik di sini.

Abdullah Fazrin b. Zamani
Ketua Biro Rekreasi & Sukan, PPINS Pusat.

Friday 14 October 2011

Sifat Memaafkan



Sifat suka memaafkan satu perbuatan yang terpuji. Ia menzahirkan kebersihan hati yang suci murni. Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil dorongan keredhaan hatinya terhadap Allah. Dia memahami tentang dirinya sendiri sebagai insan yang bersifat serba kekurangan dan tidak sunyi dari melakukan kesalahan sama ada cara sedar atau tidak sedar.


Manusia boleh mengawal hati dan dirinya menerusi akal tetapi atas sifat kelemahan yang semulajadi, manusia kadang-kadang terjerumus ke dalam pujukan hawa nafsu dan perasaan sehingga menenggelamkan rasional dan tidak dapat membuat pertimbangan yang betul.Orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain memahami hakikat ini, iaitu hakikat kelemahan yang ada pada dirinya sendiri, sebab itulah Islam sentiasa membuka pintu taubat untuk manusia memohon ampun kepada Allah atas keterlanjuran perlakuannya.


Adalah tidak menjadi satu kehinaan kepada kita sekiranya kita adalah seorang pemaaf kerana di sinilah wujudnya sifat terpuji sebagai seorang Islam:
  •  menunjukkan kebijaksanaan
  •  orang yang bersih dari kesombongan
  •  orang yang bersih dari dendam kesumat
  •  tidak ada rasa terhina diri
  •  keimanan yang tinggi


Sifat-sifat yang tersebut di atas merupakan ikatan yang sangat kukuh kepada kemantapan persaudaraan Islam. Sebagai umat Islam yang bersaksikan Allah tuhan yang satu dan tiada tuhan yang lain selain Allah, maka persoalan perpaduan di kalangan umat Islam itu sendiri adalah lambang ketauhidan kita semua kepada tuhan yang satu iaitu Allah.Kita semua mempunyai arah tuju yang satu, menyembah tuhan yang satu, mengikut seruan nabi yang satu dan kitab yang satu sepenuhnya. Perlakuan kita dalam persoalan perpaduan haruslah mengikut seperti pengajaran Al-Quran dan seruan Rasul Nabi Muhammad s.a.w.


Islam meletakkan persoalan perpaduan selepas akidah, seperti mana yang kita fahami berpeganglah dengan tali Allah dan jangan kita berpecah belah. Ini merupakan satu kewajipan asas kepada kita berurusan memelihara perpaduan kerana dalam perpaduan inilah kita akan mendapat kekuatan.



Kita perlu kekuatan umat kerana pada diri umat Islam itu sendiri ada terpikul amanah sebagai khalifah Allah yang ditarafkan sebagai sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh mengerjakan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah A-li ‘Imran
Ayat110:


yang bermaksud:

Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik’.

Thursday 6 October 2011

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan
fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatandiri anda :-


1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

  • Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
  • Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  • Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan
  • proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  • Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
  • Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
  • Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
  • Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  • Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. Batuk

  • Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
  • Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

  • Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlak di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banya air untuk membuang toksin.
  • Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

i) Bibir pucat
  • Sistem penghadaman yang lemah.
  • Perut mengandungi angin.
  • Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. 
Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem
pengedaran darah.

  • Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
  • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser).
  • Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  • Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

  • Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
  • Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.



8. RAMBUT GUGUR :
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur,
rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.



9. JANTUNG ANDA BERHENTI BERDENYUT....Tandanya anda telah meninggal
dunia....adakah anda bersedia untuk meninggal dunia ini...berapa
banyak dosa dan pahala telah anda kumpul???????


السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Barangsiapa yang menghilangkan satu kesusahan dunia dari seorang
mukmin, maka Allah akan menghilangkan darinya satu kesusahan di hari
Kiamat. Barangsiapa meringankan orang yang sedang kesulitan, maka
Allah akan meringankannya dari (kesulitan) dunia dan akhirat.
Barangsiapa yang menutupi (kejelekan) seorang muslim, niscaya Allah
akan menutupi (kejelekannya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan
menolong hamba selama dia mau menolong saudaranya." (HR. Muslim.)


Sunday 2 October 2011

Selamat Datang!

Alhamdulillah, akhirnya PPINS kini sudah mempunyai blog sendiri. Tetapi, untuk makluman semua, blog ini masih lagi dalam pengubahsuaian kerana banyak lagi info-info terkini tentang PPINS yang masih belum diletakkan. Diharap semua dapat bersabar dan memberikan sedikit masa kepada saya untuk mengubahsuai blog PPINS ini. Sebarang komen atau nasihat tentang blog PPINS, akan saya terima dengan lapang dada dan akan cuba memperbaikinya ke arah yang lebih baik dan lebih memberi manfaat kepada semua. Jadi, di kesempatan ini, saya ucapkan Welcome to our community blog! Semoga dengan adanya blog ini, dapat lagi merapatkan ukhuwah sesama kita tak kira di mana jua anda berada. 

"Satukan Hati Kami"