Monday 7 January 2013

Program Tabung Dakwah PPINS Masjid At-Taqwa Kariah Kampung Paroi

Assalamu'alaikum buat semua pembaca.. Pada 4 Januari 2013(Jumaat), PPINS sekali lagi mengadakan Program Tabung Dakwah di Negeri Sembilan. Lokasi kali ini ialah Masjid At-Taqwa Kariah Kampung Paroi. Alhamdulillah, kami berjaya mengumpulkan sebanyak RM575.10. In shaa Allah duit berkenaan akan kami gunakan untuk membeli aset, membiayai program-program pada masa hadapan dan lain-lain keperluan untuk melicinkan pergerakan dakwah kami.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Masjid At-Taqwa kerana membenarkan kami mengadakan program di sana. Tidak lupa juga kepada semua jemaah yang menghulurkan bantuan, Semoga Allah meredhai anda semua.


No comments: