Monday 7 January 2013

Forum Bicara Interaktif Bersama Gen Y, KKTM Rembau

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca. Pada 3 Januari 2013(Khamis), PPINS dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Negeri Malaysia Negeri Sembilan(ABIMNS), Sekolah Pembangunan Kerja Belia dan Komuniti(SPKB) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau mengadakan forum 'Bicara Interaktif Bersama Gen Y'.

Forum kali ini dibarisi oleh :
1) Saudara Jufitri bin Joha, Naib Presiden Antarabangsa ABIM-moderator atas
2) Muhammad Adam, Exco Dokumentasi dan Pendanaan PPINS dan pelajar Universiti Islam Antarabangsa
    Malaysia(UIAM)-moderator bawah
3) Fazrin bin Zamani, Exco Rekreasi dan Kebajikan PPINS dan bekas pelajar Universiti Teknologi MARA
   ( UiTM), Arau, Perlis.-panelis 1
4) Dakmie- penyanyi Yang Terindah(OST Adamaya)- panelis 2

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar KKTM Rembau tentang cara-cara untuk hidup di kampus berlandaskan Al-Quran dan syariat Islam. Hal ini disebabkan oleh betapa banyaknya masalah sosial telah berlaku dalam kalangan pelajar di Malaysia. Program ini merupakan sebahagian usaha ini kami untuk membendung masalah sosial di kampus-kampus di seluruh Malaysia khususnya di Negeri Sembilan.

Oleh itu, besarlah impian kami untuk menghidupkan suasana solehah di kampus KKTM Rembau. Semoga usaha ini tidah berhenti sampai di sini sahaja. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dengan kerjasama yang diberikan.



Fazrin(kiri), Jufitri(tengah), Dakmie(kanan)






Adam Roslan(moderator)

kaunter pameran PPINS, Global Peace Malaysia(GPM) dan ABIM juga dibuka

No comments: