Monday 24 December 2012

The Making Of We Love Muhammad

Assalamu'alaikum kepada para pembaca. Pada 22 Disember 2012(Sabtu), PPINS telah mengadakan sebuah program bertemu masyarakat Negeri Sembilan iaitu 'The Making of We Love Muhammad'. Program ini telah diadakan di Seremban dan Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. Program ini bertujuan untuk membuat rakaman tentang luahan rasa cinta umat Islam di Negeri Sembilan terhadap nabi junjungan, Nabi Muhammad s.a.w. Segala gambar dan video semasa hari kejadian akan dikumpulkan untuk pembikinan video We Love Muhammad yang akan dilancarkan semasa Maulidur Rasul pada tahun hadapan.

Alhamdulillah ramai siswa dan siswi sudi dari pelbagai IPT menjadi sukarelawan untuk turun padang bertemu dengan masyarakat. Tahniah buat semua peserta! Semoga aktiviti ini dapat mengingatkan kembali umat Islam terhadap perjuangan Rasulullah s.a.w.















No comments: