Tuesday 18 December 2012

Program Tahsin Solat Nilai 2012

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca.. Pada 15 Disember lepas, PPINS telah mengadakan Program Tahsin Solat di Surau Ar-Rahmah, Desa Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila seramai 106 orang menyertai program ini. Mereka terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja yang masih bersekolah. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua komiti serta pasukan fasi yang menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa, pihak penaja dan warga taman Desa Cempaka. Semoga anak-anak anda dapat mengerjakan wudhu' dan menunaikan solat fardhu dengan sempurna.





















No comments: