Sunday, 9 February 2014

Malam Kasih Sayang PPINS UIAM

Assalamu'alaikum buat para pembaca. Pada 4 Februari, PPINS cawangan kampus UIAM telah mengadakan Malam Kasih Sayang bertujuan untuk meraikan adik-adik PPINS yang baru memasuki alam pengajian peringkat ijazah pertama di UIAM di samping mengumpulkan kembali ahli-ahli PPINS yang telah bercuti dan mendaftar semula untuk semester yang baru ini.

Alhamdulillah majlis berkenaan telah selamat diadakan. Kami mengucapkan selamat kembali kepada semua ahli PPINS yang sedang menyambung pengajian mereka di Universiti Islam Antarabangsa dan selamat berjaya di sana!





No comments: