Sunday, 23 November 2014

Catatan Usrah PPINS UIAM Gombak: Sebab-Sebab Keciciran Bahagian 3

Sebelum ini kita telah mengupas tajuk sebab-sebab keciciran akibat dari sudut gerakan dan individu, maka pada hari ini kita akan kupas pula sebab-sebab keciciran akibat faktor luar.

Tekanan Ujian

Sememangnya jalan perjuangan ini pasti ada ujiannya. Oleh itu tidak boleh kita meletakkan niat untuk membebaskan diri kita daripada terkena ujian-ujian di sepanjang jalan ini kerana itu merupakan perkara yang mustahil. Oleh itu,hendaklah kita menukar cara berfikir dengan mempersiapkan diri untuk menghadapi segala ujian yang pasti akan kita jumpa dalam jalan ini.

Ujian di dalam jalan dakwah sangat penting bagi menguji keimanan agar menjadi lebih kuat pada masa akan datang. Hanya orang yang ikhlas dan sabar sahaja yang mampu bertahan lama di dalam perjuangan ini. Tetapkan niat untuk menyertai perjuangan ini kerana Allah bukan kerana habuan dunia mahupun pujian manusia. Selain itu, kita tidak boleh menyertai perjuangan akibat faktor orang lain kerana manusia itu akan pergi jua pada suatu hari nanti tetapi Allah tetap kekal dan selamanya kekal. Sabar yang dimaksudkan pula ialah dua perkara iaitu, sabar menghadapi ujian dan sabar mengharapkan keputusan. Mengharapkan keputusan juga merupakan salah satu ujian. Oleh itu, sebagai seorang pejuang tidak boleh kita mengharapkan sesuatu hasil itu datang dengan cepat, tetapi percayalah bahawa Allah akan mendatangkan hasil itu tepat pada waktunya.

Tekanan Keluarga

Ada keluarga yang menyekat anak-anak mereka daripada menyertai dakwah kerana mereka merasakan tidak ada manfaat dunia yang mereka boleh dapat sepertimana yang mereka mengharapkan anak-anak mereka supaya cemerlang dalam pelajaran agar suatu hari nanti mereka kan mencapai cita-cita mereka dan akan membantu semula keluarganya. Bagi ahli keluarga yang menyekat itu, jalan dakwah ini tidak mendatangkan hasil keuntungan dunia yang boleh mengeluarkan diri mereka daripada kesusahan dunia terutamanya kemiskinan.

Ada keluarga yang menyekat kewangan anak-anak mereka agar mereka ditekan untuk fokus terhadap pembelajarannya. Malah ada pula sebahagian ahli keluarga yang menawarkan kemasiatan kepada anak-anak mereka supaya tidak menyertai dakwah. Hal ini menyebabkan kegoncangan iman berlaku dalam kalangan anak-anak muda yang akhirnya menyebabkan mereka keciciran.

Tekanan Persekitaran

Ada sebahagian Muslim yang dibesarkan di persekitaran yang baik namun apabila ditempatkan di persekitaran yang kurang baik selepas itu, maka mereka berubah pula menjadi lebih buruk. Sememangnya kita tidak boleh selama-lamanya berada dalam persekitaran yang baik kerana ada ramai manusia yang memerlukan khidmat dakwah kita. Oleh itu, persiapan rapi harus dilakukan agar para pendakwah tidak terikut-ikut dengan perbuatan maksiat orang lain.

Tekanan Gerakan-Gerakan Bahaya

Hari ini ada gerakan-gerakan yang menggunakan nama Islam namun pada masa yang sama tidak membawa risalah kebenaran, tidak mengamalkan ajaran Islam dalam perjuangannya dan merosakkan masyarakat Muslim. Hal ini akan menyebabkan pemuda yang belum cukup matang dan yang belum cukup kuat imannya akan mudah menjadi golongan tercicir akibat tidak berupaya untuk berhadapan serangan-serangan dari gerakan-gerakan yang bertopengkan Islam.

Tekanan Bermuka-muka(Wajahah)

Ada sebahagian ahli gerakan atau pejuang suka mengangkat diri sendiri kerana mahu dirinya dilihat orang lain. Orang yang sebegini sebenarnya mengalami penyakit hati dan ini akan mengakibatkan dirinya tidak sedar akan kesilapan dirinya kerana sudah tenggelam dengan perhatian manusia. Oleh itu hendaklah kita meminta perlindungan daripada Allah agar tidak menjadi angkuh dalam perjuangan ini.

Muhammad Adam bin Roslan,
Amir PPINS kampus UIAM.

*Ini merupakan ringkasan usrah pada 18/11/2014(Selasa) di kampus UIAM Gombak. Penulisan dalam artikel ini tidak semestinya tepat dengan apa yang disampaikan dalam usrah.

Monday, 29 September 2014

Kembara Khalifah Bukit Broga 2014

Assalamu'alaikum. Pada 6 September dan 13 September 2014, PPINS telah mengadakan program rekreasi yang bernama Kembara Khalifah di Bukit Broga, Semenyih, Selangor. Program ini diadakan  dua kali bagi meraikan semaksimum mungkin peserta-peserta dari Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) Gombak dan Petaling Jaya. Alhamdulillah, program ini berjaya menarik jumlah peserta seramai 75 orang.

Tujuan program ini diadakan ialah meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan ketahanan mental para peserta serta membawa mereka untuk bersama dengam masyarakat yang berada di luar kampus. Pengalaman menunaikan solat Fardhu Subuh di puncak pertama merupakan satu bentuk dakwah yang boleh ditunjukkan kepada orang awam betapa Islam sangat menitikberatkan tentang pelaksanaan solat lima waktu.

Nantikan program-program PPINS yang akan datang!





Sunday, 31 August 2014

Muktamar PPINS Kali Ke-4



Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera buat pembaca yang budiman. Pada 24 Ogos 2014(Sabtu), Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan(PPINS) telah mengadakan Muktamar Kali Ke-4 di Dewan As-Siddiq, Bangunan Wisma ABIM Negeri Sembilan. Muktamar juga lebih dikenali sebagai Mesyuarat Agung Tahunan. Semoga tempoh penggal yang akan datang akan menjadi lebih baik untuk PPINS.

Tuesday, 22 July 2014

Majlis Berbuka Puasa Perdana Kolej Alpha

Assalamu'alaikum. Pada Ahad yang lepas iaitu 20 Julai 2014, PPINS telah diwakili oleh saudara Fakruradzi dan saudara Muhammad Adam untuk menghadiri di Majlis Berbuka Puasa Perdana Kolej Alpha, Seremban. Sebelum berbuka, saudara Jufitri Joha telah menyampaikan tazkirah bertajuk 'Asas Amal Kebajikan Dalam Islam'. Selepas berbuka, majlis penyampaian pada pihak pertubuhan Murad Foundation. Semoga usaha itu diredhai Allah.

Saudara Jufitri bin Joha


Sunday, 20 July 2014

Iftar Asnaf Ramadhan @ Selangor

Assalamu'alaikum. Pada 19 Julai 2014 iaitu Sabtu yang lepas, saudara Muhammad Adam(jurugambar), Exco Ekonomi dan Dokumentasi PPINS telah mendapat jemputan bagi menyertai program Iftar Asnaf Ramadhan @ Selangor anjuran Ummah Centre di Kampung Orang Asli Broga, Semenyih, Selangor. Program ini dipenuhi dengan acara penyampaian bantuan kepada penduduk kampung orang asli tersebut dan pembahagian makanan berbuka puasa secara percuma. Semoga bantuan berkenaan dapat meringankan sedikit beban para penduduk kampung orang asli berkenaan.










Konvesyen Tarbiyyah Kebangsaan

Assalamu'alaikum. Satu acara yang bernama Konveyen Tarbiyyah Kebangsaan telah diadakan pada 18-19 Julai 2014  iaitu pada Jumaat dan Sabtu lepas di Masjid As-Solohin, Teras Jernang, Bangi, Kuala Lumpur. Acara ini merupakan anjuran bersama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) dan Wadah Pencerdasan Umat(WADAH). PPINS telah diwakili oleh beberapa orang ahlinya untuk menyertainya.

Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Presiden WADAH




Tuan Haji Ahmad Azam, Timbalan Presiden WADAH

Saudara Aliemran, Presiden PKPIM

Friday, 18 July 2014

Iftar Jama'ie PPINS 2014




Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca. Pada 12 Julai 2014 iaitu Sabtu yang lepas, PPINS telah mengadakan Iftar Jama'ie PPINS di Strafresh Agropark, Bukit Putus, Negeri Sembilan. Iftar ini diadakan bertujuan untuk mengumpulkan dana infaq dari semua ahli-ahli WADAH Negeri Sembilan, ABIM Negeri Sembilan, ahli-ahli PPINS dan orang awam yang hadir di iftar tersebut.

Alhamdulillah. Kami mengucapkan terima kasih pada semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi menjayakan majlis tersebut serta para penyumbang.






Tuesday, 29 April 2014

Muktamar Senawi Kali Ke-17 PKPIM UIAM Gombak

Assalamu'alaikum buat para pembaca. Pada 20 April 2014, PKPIM cawangan kampus UIAM Gombak telah mengadakan mukmatar senawi ke-17 di Bangunan Kuliah Ekonomi dan Sains Pengurusan, UIAM Gombak. Sebahagian ahli PPINS UIAM telah menyertai muktamar ini sebagai perwakilan dan pemerhati. Semoga para pimpinan PKPIM UIAM Gombak yang telah dilantik dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.










Yaumul Mahabbah PPINS 2.0

Assalamu'alaikum buat para pembaca. Pada 12-13 April 2014 PPINS telah mengadakan Yaumul Mahabbah 2.0 bertempat di Tanjung Biru, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini diadakan untuk merapatkan ukhuwah antara ahli PPINS yang kini sedang melanjutkan pengajian di tempat yang berbeza seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS) dan lain-lain.

Aktiviti-aktiviti diadakan berdekatan dengan pantai seperti membina istana pasir, perkongsian daripada ahli-ahli senior, serta 'jungle trekking' ke menara api di Tanjung Tuan. Alhamdulillah program ini berjaya dilaksanakan dan semoga ukhuwah antara ahli PPINS menjadi lebih erat supaya dapat membentuk kerjasama yang lebih baik dalam menggerakkan kerja-kerja dakwah pada masa akan datang.










Sunday, 16 March 2014

Kursus Asas Fasilitator Islam(KAFI) 2014

Assalamu'alaikum buat para pembaca. Alhamdulillah PPINS telah berjaya mengadakan Kursus Asas Fasilitator Islam(KAFI) pada 8-9 Mac lepas di Kem Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Kursus ini disertai oleh wakil pelajar daripada Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

Kursus ini merupakan sebuah platform bagi para pelajar universiti untuk mengembangkan bakat mereka menjadi dai'e dalam bidang kefasilitatoran agar dapat dimanfaatkan untuk program-program motivasi di peringkat sekolah nanti. Kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta yang hadir!