Thursday, 13 June 2013

Analisis Tahap Penguasaan Ilmu Fardhu 'Ain Mahasiswa UIAM

Assalamu'alaikum. Pada bulan April 2013, PPINS telah menganjurkan kaji selidik untuk menguji tahap penguasaan ilmu fardhu 'ain dalam kalangan mahasiswa khususnya di UIAM. Kaji selidik ini dijalankan untuk mendapatkan pendapat pelajar-pelajar universiti tentang tahap penguasaan ilmu fardhu 'ain dalam kalangan mahasiswa dan cadangan-cadangan untuk membantu para pelajar universiti bagi meningkatkan tahap penguasaan mereka terhadap ilmu fardhu 'ain. Alhamdulillah seramai 171 orang pelajar telah ditemu ramah dan keputusannya adalah seperti berikut:











Kami juga ingin memanjatkan kesyukuran kerana telah menerima sebanyak 74 cadangan daripada para responden untuk membantu pelajar bagi meningkatkan tahap penguasaan dan penghayatan terhadap ilmu fardhu 'Ain. Hal ini amat penting bertetapan kewajipan bagi setiap individu Muslim untuk menguasai ilmu tersebut. In Shaa Allah cadangan-cadangan tersebut akan diteliti semula dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas kesudian untuk memberikan kerjasama agar kaji selidik ini berjalan dengan lancar.

No comments: