Tuesday, 30 July 2013

Program Kebajikan Anak-anakku Sayang dan Ibuku Sayang Ar-Rayyan Dengan Kerjasama Kumpulan PETRONAS

Assalamu'alaikum. Pada 28 Julai 2013(Ahad), kami telah mengadakan program kebajikan bersama anak-anak yatim dan para ibu di Rumah Anak-anakku Sayang dan Ibuku Sayang Ar-Rayyan di Taman Panchor Jaya, Seremban. Program ini merupakan program kerjasama dengan kumpulan PETRONAS. Turut hadir, wakil-wakil dari pihak kumpulan PETRONAS serta sukarelawan PPINS dari pelbagai latar belakang pendidikan.

Program ini diadakan untuk membantu penghuni rumah berkenaan di samping membawa mahasiswa untuk bertemu dengan masyarakat di luar kampus untuk merapatkan jurang antara mahasiswa dengan masyarakat luar kampus. Program ini bermula selepas 'Asar dengan sesi tadarus Al-Quran surah Al-Waqi'ah serta pembetulan tajwid surah Al-Fatihah. Surah Al-Fatihah ditekankan kepentingannya kerana surah itulah yang dibaca pada setiap hari untuk menunaikan solat fardhu.

Program ini diteruskan pula dengan sesi tazkirah, sesi penyampaian sumbangan dan iftar bersama mereka. Moga program ini dapat meringankan beban pihak rumah berkenaan serta meningkatkan kesedaran terhadap mahasiswa betapa pentingnya untuk kita keluar melihat keadaan sebenar masyarakat kita yang berada di luar kampus.













Tuesday, 16 July 2013

Mesyuarat Pertama Sesi 2013/2014

Assalamu'alaikum. PPINS telah mengadakan mesyuarat pertama sejak muktamar diadakan pada bulan Jun yang lepas. Mesyuarat ini diadakan di Wisma ABIM, Ampangan pada 13 Jun 2013(Sabtu). Mesyuarat ini juga melibatkan ahli-ahli pimpinan PPINS Pusat bagi membincangkan beberapa perkara yang menjadi isu penting bagi melicinkan pentadbiran dan urusan da'wah PPINS. Moga PPINS terus maju ke hadapan.



Sunday, 7 July 2013

Kembara Khalifah 2013: Bukit Broga

Assalamu'alaikum.. Pada 6 Julai(Sabtu) yang lepas, PPINS dengan kerjasama Kesatuan Pelajar Islam Johor(KPIJ) serta adik-adik Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa telah menganjurkan program Kembara Khalifah 2013 di Bukit Broga. Bertolak seawal pagi dari UIA, menempuh jalan yang berliku, akhirnya sampai juga di sana melihat mentari pagi menyinar pada siang hari.

Program ini dijalankan untuk menguatkan mental para pelajar yang baru sahaja berjinak-jinak untuk menyertai jalan da'wah. Bukan itu sahaja, aktiviti ini menunjukkan bahawa tempat-tempat tarbiyyah bukan sahaja ditempatkan di masjid atau kelas sahaja, di mana-mana sahaja pun boleh asalkan pengisisannya menuju ke arah itu.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang dan tahniah kepada semua peserta yang menyertai program ini.