Tuesday, 22 July 2014

Majlis Berbuka Puasa Perdana Kolej Alpha

Assalamu'alaikum. Pada Ahad yang lepas iaitu 20 Julai 2014, PPINS telah diwakili oleh saudara Fakruradzi dan saudara Muhammad Adam untuk menghadiri di Majlis Berbuka Puasa Perdana Kolej Alpha, Seremban. Sebelum berbuka, saudara Jufitri Joha telah menyampaikan tazkirah bertajuk 'Asas Amal Kebajikan Dalam Islam'. Selepas berbuka, majlis penyampaian pada pihak pertubuhan Murad Foundation. Semoga usaha itu diredhai Allah.

Saudara Jufitri bin Joha


Sunday, 20 July 2014

Iftar Asnaf Ramadhan @ Selangor

Assalamu'alaikum. Pada 19 Julai 2014 iaitu Sabtu yang lepas, saudara Muhammad Adam(jurugambar), Exco Ekonomi dan Dokumentasi PPINS telah mendapat jemputan bagi menyertai program Iftar Asnaf Ramadhan @ Selangor anjuran Ummah Centre di Kampung Orang Asli Broga, Semenyih, Selangor. Program ini dipenuhi dengan acara penyampaian bantuan kepada penduduk kampung orang asli tersebut dan pembahagian makanan berbuka puasa secara percuma. Semoga bantuan berkenaan dapat meringankan sedikit beban para penduduk kampung orang asli berkenaan.










Konvesyen Tarbiyyah Kebangsaan

Assalamu'alaikum. Satu acara yang bernama Konveyen Tarbiyyah Kebangsaan telah diadakan pada 18-19 Julai 2014  iaitu pada Jumaat dan Sabtu lepas di Masjid As-Solohin, Teras Jernang, Bangi, Kuala Lumpur. Acara ini merupakan anjuran bersama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) dan Wadah Pencerdasan Umat(WADAH). PPINS telah diwakili oleh beberapa orang ahlinya untuk menyertainya.

Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Presiden WADAH




Tuan Haji Ahmad Azam, Timbalan Presiden WADAH

Saudara Aliemran, Presiden PKPIM

Friday, 18 July 2014

Iftar Jama'ie PPINS 2014




Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca. Pada 12 Julai 2014 iaitu Sabtu yang lepas, PPINS telah mengadakan Iftar Jama'ie PPINS di Strafresh Agropark, Bukit Putus, Negeri Sembilan. Iftar ini diadakan bertujuan untuk mengumpulkan dana infaq dari semua ahli-ahli WADAH Negeri Sembilan, ABIM Negeri Sembilan, ahli-ahli PPINS dan orang awam yang hadir di iftar tersebut.

Alhamdulillah. Kami mengucapkan terima kasih pada semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi menjayakan majlis tersebut serta para penyumbang.






Tuesday, 29 April 2014

Muktamar Senawi Kali Ke-17 PKPIM UIAM Gombak

Assalamu'alaikum buat para pembaca. Pada 20 April 2014, PKPIM cawangan kampus UIAM Gombak telah mengadakan mukmatar senawi ke-17 di Bangunan Kuliah Ekonomi dan Sains Pengurusan, UIAM Gombak. Sebahagian ahli PPINS UIAM telah menyertai muktamar ini sebagai perwakilan dan pemerhati. Semoga para pimpinan PKPIM UIAM Gombak yang telah dilantik dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.










Yaumul Mahabbah PPINS 2.0

Assalamu'alaikum buat para pembaca. Pada 12-13 April 2014 PPINS telah mengadakan Yaumul Mahabbah 2.0 bertempat di Tanjung Biru, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini diadakan untuk merapatkan ukhuwah antara ahli PPINS yang kini sedang melanjutkan pengajian di tempat yang berbeza seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS) dan lain-lain.

Aktiviti-aktiviti diadakan berdekatan dengan pantai seperti membina istana pasir, perkongsian daripada ahli-ahli senior, serta 'jungle trekking' ke menara api di Tanjung Tuan. Alhamdulillah program ini berjaya dilaksanakan dan semoga ukhuwah antara ahli PPINS menjadi lebih erat supaya dapat membentuk kerjasama yang lebih baik dalam menggerakkan kerja-kerja dakwah pada masa akan datang.










Sunday, 16 March 2014

Kursus Asas Fasilitator Islam(KAFI) 2014

Assalamu'alaikum buat para pembaca. Alhamdulillah PPINS telah berjaya mengadakan Kursus Asas Fasilitator Islam(KAFI) pada 8-9 Mac lepas di Kem Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Kursus ini disertai oleh wakil pelajar daripada Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

Kursus ini merupakan sebuah platform bagi para pelajar universiti untuk mengembangkan bakat mereka menjadi dai'e dalam bidang kefasilitatoran agar dapat dimanfaatkan untuk program-program motivasi di peringkat sekolah nanti. Kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta yang hadir!