Sunday, 20 July 2014

Konvesyen Tarbiyyah Kebangsaan

Assalamu'alaikum. Satu acara yang bernama Konveyen Tarbiyyah Kebangsaan telah diadakan pada 18-19 Julai 2014  iaitu pada Jumaat dan Sabtu lepas di Masjid As-Solohin, Teras Jernang, Bangi, Kuala Lumpur. Acara ini merupakan anjuran bersama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) dan Wadah Pencerdasan Umat(WADAH). PPINS telah diwakili oleh beberapa orang ahlinya untuk menyertainya.

Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Presiden WADAH




Tuan Haji Ahmad Azam, Timbalan Presiden WADAH

Saudara Aliemran, Presiden PKPIM

Friday, 18 July 2014

Iftar Jama'ie PPINS 2014




Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca. Pada 12 Julai 2014 iaitu Sabtu yang lepas, PPINS telah mengadakan Iftar Jama'ie PPINS di Strafresh Agropark, Bukit Putus, Negeri Sembilan. Iftar ini diadakan bertujuan untuk mengumpulkan dana infaq dari semua ahli-ahli WADAH Negeri Sembilan, ABIM Negeri Sembilan, ahli-ahli PPINS dan orang awam yang hadir di iftar tersebut.

Alhamdulillah. Kami mengucapkan terima kasih pada semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi menjayakan majlis tersebut serta para penyumbang.






Tuesday, 29 April 2014

Muktamar Senawi Kali Ke-17 PKPIM UIAM Gombak

Assalamu'alaikum buat para pembaca. Pada 20 April 2014, PKPIM cawangan kampus UIAM Gombak telah mengadakan mukmatar senawi ke-17 di Bangunan Kuliah Ekonomi dan Sains Pengurusan, UIAM Gombak. Sebahagian ahli PPINS UIAM telah menyertai muktamar ini sebagai perwakilan dan pemerhati. Semoga para pimpinan PKPIM UIAM Gombak yang telah dilantik dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.










Yaumul Mahabbah PPINS 2.0

Assalamu'alaikum buat para pembaca. Pada 12-13 April 2014 PPINS telah mengadakan Yaumul Mahabbah 2.0 bertempat di Tanjung Biru, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini diadakan untuk merapatkan ukhuwah antara ahli PPINS yang kini sedang melanjutkan pengajian di tempat yang berbeza seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS) dan lain-lain.

Aktiviti-aktiviti diadakan berdekatan dengan pantai seperti membina istana pasir, perkongsian daripada ahli-ahli senior, serta 'jungle trekking' ke menara api di Tanjung Tuan. Alhamdulillah program ini berjaya dilaksanakan dan semoga ukhuwah antara ahli PPINS menjadi lebih erat supaya dapat membentuk kerjasama yang lebih baik dalam menggerakkan kerja-kerja dakwah pada masa akan datang.










Sunday, 16 March 2014

Kursus Asas Fasilitator Islam(KAFI) 2014

Assalamu'alaikum buat para pembaca. Alhamdulillah PPINS telah berjaya mengadakan Kursus Asas Fasilitator Islam(KAFI) pada 8-9 Mac lepas di Kem Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Kursus ini disertai oleh wakil pelajar daripada Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

Kursus ini merupakan sebuah platform bagi para pelajar universiti untuk mengembangkan bakat mereka menjadi dai'e dalam bidang kefasilitatoran agar dapat dimanfaatkan untuk program-program motivasi di peringkat sekolah nanti. Kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta yang hadir!













Wednesday, 19 February 2014

Forum Pembangunan Modal Insan

Assalamu'alaikum buat para pembaca. Pada 19 Februari 2014, pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa(KUIS) dengan kerjasama My Diet Choice dan Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan(PPINS) telah mengadakan Forum Pembangunan Modal Insan yang bertajuk "Pengaruh Gaya Al-Fateh Dalam Pembangunan Modal Insan" di Audi Akademi Islam, KUIS.

Forum ini dihadiri oleh para panelis yang terdiri daripada Imam Muda Najdi dan saudara Jufitri Joha(Pengerusi GPTD) serta para pelajar. Semoga forum ini memberikan manfaat kepada para penonton agar pembangunan modal insan dalam kalangan Muslim dapat dilakukan dengan baik untuk melahirkan generasi Muslim yang berwibawa pada masa hadapan.


Ucapan YDP PPINS






Panelis: Jufitri Joha(tengah), Imam Muda Najdi(kanan)

Sunday, 9 February 2014

Malam Kasih Sayang PPINS UIAM

Assalamu'alaikum buat para pembaca. Pada 4 Februari, PPINS cawangan kampus UIAM telah mengadakan Malam Kasih Sayang bertujuan untuk meraikan adik-adik PPINS yang baru memasuki alam pengajian peringkat ijazah pertama di UIAM di samping mengumpulkan kembali ahli-ahli PPINS yang telah bercuti dan mendaftar semula untuk semester yang baru ini.

Alhamdulillah majlis berkenaan telah selamat diadakan. Kami mengucapkan selamat kembali kepada semua ahli PPINS yang sedang menyambung pengajian mereka di Universiti Islam Antarabangsa dan selamat berjaya di sana!