Assalamu'alaikum. Pada 6 September dan 13 September 2014, PPINS telah
mengadakan program rekreasi yang bernama Kembara Khalifah di Bukit
Broga, Semenyih, Selangor. Program ini diadakan dua kali bagi meraikan
semaksimum mungkin peserta-peserta dari Pusat Asasi Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia(UIAM) Gombak dan Petaling Jaya. Alhamdulillah,
program ini berjaya menarik jumlah peserta seramai 75 orang.
Tujuan
program ini diadakan ialah meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan
ketahanan mental para peserta serta membawa mereka untuk bersama dengam
masyarakat yang berada di luar kampus. Pengalaman menunaikan solat
Fardhu Subuh di puncak pertama merupakan satu bentuk dakwah yang boleh
ditunjukkan kepada orang awam betapa Islam sangat menitikberatkan
tentang pelaksanaan solat lima waktu.
Nantikan program-program PPINS yang akan datang!