Monday 30 September 2013

Kelas Kemahiran Asas Adobe Photoshop UIAM

Assalamu'alaikum. Pada 29 September(Ahad), PPINS UIAM telah mengadakan kelas kemahiran asas Adobe Photoshop bertempat di bangunan Kuliyyah of Architecture and Environmental Design(KAED), Universiti Islam Antarabangsa. Kelas ini dijadikan satu peluang untuk ahli-ahli PPINS dan para pelajar yang lain untuk mendalami ilmu tentang penggunaan perisisan tersebut.

Hal ini amat penting untuk kita melahirkan para pendakwah yang serba boleh bagi menunjukkan bahawa Islam ini sesuatu yang sangat luas dan indah. Sekiranya para pendakwah dapat membuat rekaan poster program Islamik yang menarik, maka ramai umat Islam mahupun bukan Islam akan tertarik untuk menghadiri program yang dianjurkan. Bukan itu sahaja, perkara ini tidak langsung menarik semua orang tentang Islam.

Kami berharap para peserta yang mengikuti kelas ini mendapat manfaat serta dapat membuat rekaan digital mengikut acuan mereka sendiri. Semoga berjaya!








Saturday 28 September 2013

Kursus Pengurusan Jenazah PPINS

Assalamu'alaikum. Pada 21 September(Sabtu) yang lepas, PPINS UIAM telah mengadakan kursus pengurusan jenazah di Masjid Ar-Rahimah. Program ini dijalankan pada waktu pagi hingga petang dan telah disertai oleh 42 orang peserta yang terdiri daripada pelajar ijazah UIA, pelajar asasi UIA dan bekas pelajar UIA.

Program ini diadakan untuk mendidik para pelajar yang terdiri daripada orang muda tentang betapa pentingnya untuk kita menjalankan tanggungjawab dalam menguruskan jenazah sekiranya berlaku kematian. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan ahli keluarga atau saudara-mara yang terdekat. Bukan itu sahaja, peserta yang terdiri daripada pelajar juga amat digalakkan untuk bertanyakan soalan kepada penceramah iaitu Ustaz Manap.

Alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang baik dan mendapat maklum balas yang baik daripada sebahagian peserta. Semoga program ini memberikan manfaat dan lebih ramai lagi yang akan menyertai program PPINS atau menjadi ahli PPINS untuk berkhidmat kepada masyarakat Islam terutamanya.

Gambar-gambar program:











Monday 16 September 2013

Program Pengenalan PPINS di USIM dan Program Tahsin Solat

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua? Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Pada hari Jumaat(13/9) yang lepas, PPINS telah dijemput untuk memberikan pengenalan tentang pertubuhan ini kepada para pelajar baru Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Nilai. Ini merupakan satu berita gembira buat kami kerana mendapat wadah permulaan untuk mencari ahli-ahli yang baru dalam kalangan pelajar USIM.

Selain PPINS, pihak Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Sembilan(ABIMNS) juga menyampaikan pengisian untuk anak-anak muda di dalam dewan kuliyah itu.







Program Tahsin Solat Masjid At-Taqwa, Kampung Paroi

Pada hari Sabtu(14/9) pula, pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dengan kerjasama PPINS telah mengadakan program tahsin solat bertempat di Masjid At-Taqwa, Kampung Paroi, Negeri Sembilan. Program ini diadakan untuk membantu adik-adik di peringkat sekolah rendah dan menengah memperbaiki solat mereka serta mengajarkan mereka tentang wudhu' dan bab kesucian. Alhamdulillah program ini berjaya dilaksanakan dan kami mengharapkan usaha ini dapat membantu mereka untuk mengerjakan solat dengan lebih sempurna.