Sunday 30 June 2013

Tamrin Qiyadi Kebangsaan 2013

Assalamu'alaikum. Pada 28 hingga 29 Jun 2013, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia telah menganjurkan Tamrin Qiyadi Kebangsaan di Wakaf Bharu, Kelantan. Tamrin ini disertai oleh para pemimpin dari setiap kampus dan negeri di seluruh Malaysia. PPINS telah menghantar 3 orang wakil iaitu Amirah Abdollah(Bendahari), Hawa Sakinah(Exco Dakwah dan Tarbiyah) dan Muhammad Adam(Exco Ekonomi dan Dokumentasi).

28/9/2013





Ustaz Naim dalam sesi Fiqh Sirah Nabawiyyah

Ustaz Faisal, mantan YDP ABIM Kelantan dalam sesi Kuliah Maghrib


Ustaz Muhammad Mustafa


Da'wah lapangan di kawasan Kubur





29/3/2013




Encik Rosli, Mantan YDP ABIM Terengganu


Haji Nik Abdul Kadir Haji Nik Muhammad, Timbalan Mufti Kelantan




Monday 24 June 2013

Malam Tautan Anak Negeri PPINS di UIA PJ dan UIA Gombak

Assalamu'alaikum. Pada 20/6(Khamis) yang lepas kami telah mengadakan Malam Tautan Anak Negeri di UIA PJ untuk anak-anak negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Selain itu, kami juga telah menganjurkan juga Malam Tautan Anak Negeri pada 23/6(Ahad) di UIAM Gombak. Alhamdulillah, kedua-dua majlis berkenaan dapat dijalankan dengan baik.

Malam Tautan Anak Negeri merupakan satu program kami mengumpulkan para pelajar universiti untuk memperkenalkan PPINS dan mengajak mereka untuk menyertai kami untuk menceburi dalam bidang da'wah. Program ini merupakan satu titik permulaan untuk mereka mengenali secara umum tentang objektif, visi dan misi kami di samping memulakan ikatan ukhuwah sesama ahli.

Moga dengan program sebegini, PPINS akan pergi lebih jauh ke hadapan untuk mencapai kejayaan di muka bumi ini.

Pusat Asasi UIA PJ:







Pusat Asasi UIA Gombak:







Saturday 22 June 2013

Muktamar PPINS Kali Ke-2

Assalamu'alaikum semua. Pada 22 Jun(Sabtu), PPINS telah mengadakan muktamar senawi bermula di Dewan As-Siddiq, Wisma Abim, Ampangan, Negeri Sembilan. Muktamar ini menjadi satu wadah untuk kami bermuhasabah dengan setiap inci perjalanan yang kami tempuhi untuk diperbaiki agaar masa depan da'wah akan menjadi lebih cemerlang.

Kami ingin mengucapkan tahniah buat semua yang hadir ke muktamar dan alhamdulillah muktamar ini telah dapat dijalankan dengan penuh kesederhanaan.






Thursday 13 June 2013

Analisis Tahap Penguasaan Ilmu Fardhu 'Ain Mahasiswa UIAM

Assalamu'alaikum. Pada bulan April 2013, PPINS telah menganjurkan kaji selidik untuk menguji tahap penguasaan ilmu fardhu 'ain dalam kalangan mahasiswa khususnya di UIAM. Kaji selidik ini dijalankan untuk mendapatkan pendapat pelajar-pelajar universiti tentang tahap penguasaan ilmu fardhu 'ain dalam kalangan mahasiswa dan cadangan-cadangan untuk membantu para pelajar universiti bagi meningkatkan tahap penguasaan mereka terhadap ilmu fardhu 'ain. Alhamdulillah seramai 171 orang pelajar telah ditemu ramah dan keputusannya adalah seperti berikut:











Kami juga ingin memanjatkan kesyukuran kerana telah menerima sebanyak 74 cadangan daripada para responden untuk membantu pelajar bagi meningkatkan tahap penguasaan dan penghayatan terhadap ilmu fardhu 'Ain. Hal ini amat penting bertetapan kewajipan bagi setiap individu Muslim untuk menguasai ilmu tersebut. In Shaa Allah cadangan-cadangan tersebut akan diteliti semula dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas kesudian untuk memberikan kerjasama agar kaji selidik ini berjalan dengan lancar.