Thursday 23 May 2013

Jamuan PPINS UIA Sem 2 2012/2013

Assalamu'alaikum.. Alhamdulillah PPINS UIA melabuhkan tirainya untuk sem ini dengan mengadakan jamuan di bangunan kuliah pendidikan. Majlis ini bermula dengan solat fardhu Maghrib, solat sunat hajat, bacaan yaasin, sesi ta'aruf , solat fardhu 'Isya dan majlis makan malam. Majlis ini diadakan untuk merapatkan ukhuwah sesama ahli PPINS UIA di samping menghargai jasa ahli-ahli jemaah ini kerana masih kekal dalam jalan da'wah yang berliku ini. Moga-moga da'wah PPINS di UIA terus subur dan terus mahu ke hadapan.





















Wednesday 22 May 2013

Pendakian Gunung Datuk PPINS vs KPIJ 2013

Assalamu'alaikum. Pada 17-19 Mei 2013, adik-adik pelapis PPINS bersama KPIJ telah mengadakan program pendakian Gunung Datuk, Hutan Lipur Rembau, Negeri Sembilan. Program ini diadakan untuk merapatkan silaturahim antara pelapis-pelapis pendakwah pada masa akan datang. Alhamdulillah, program ini telah berjalan dengan jayanya. Semoga hubungan mereka bertambah rapat agar bersatu menegakkan Islam di muka bumi ini.







Tuesday 7 May 2013

Program Pecah Tembok Bina Istana 2013

Assalamu'alaikum. Pada 4 Mei 2013(Sabtu), pelapis-pelapis PPINS(yang juga dikenali GWP) telah mengadakan Program Pecah Tembok Bina Istana di Lake Garden, Seremban, Negeri Sembilan. Program ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim ahli-ahli PPINS khususnya golongan-golongan pelapis. Mereka ini terdiri daripada usia 17 hingga 19 tahun. Selain itu, pada program ini mereka telah menjalankan pelantikan ahli jawatankuasa untuk kalangan mereka bagi memudahkan segala urusan berkaitan kerja-kerja da'wah. Mudah-mudahan generasi ini mampu menyambung rantai-rantai perjuangan da'wah di muka bumi ini.