Wednesday 31 October 2012

Program Kepimpinan SK Labu, Negeri Sembilan

Pada 31 Oktober 2012 bersamaan 15 Zulhijah 1433 Hijrah, ahli-ahli Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan(PPINS) mengelolakan Program Kepimpinan murid-murid Sekolah Kebangsaan Labu, Negeri Sembilan. Jumlah peserta melebihi 100 orang dan melibatkan murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 5. Objektif program ini ialah untuk membentuk ciri-ciri kepimpinan kepada murid-muridn yang juga merupakan wakil unit beruniform yang terdapat di SK Labu. Program dijalankan bermula 8 pagi sehingga 1 tengah hari. Alhamdulillah semoga program ini memberi manfaat kepada adik-adik SK Labu untuk kita lahirkan pemimpin generasi yang akan datang, insyaAllah.

antara pemandangan yang terdapat di sekolah ini.






adik-adik menunjukkan lukisan mereka

Husaini, Finalis Akademi Al-Quran Musim kedua juga turun  membantu program ini.


Thursday 25 October 2012

Perutusan Hari Raya Aidiladha


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar walillahilhamd.

Puji dan Syukur ke hadrat ilahi di atas limpah kurniaNya kita dapat berpeluang untuk hidup hingga kini dengan nikmat Islam dan Iman, selawat dan salam ke atas rasul junjungan, kekasih Allah, buah hati kita baginda Muhammad S.A.W. kerana usahanya dan pengorbanannya, Islam tersebar ke seluruh dunia dan dapat dinikmati oleh kita pada harini.

Segala puji bagi Allah, yang telah menyampaikan kita, memanjangkan umur kita sehingga kita dapat bertemu semula dengan salah satu daripada dua hari keraian bagi ummat Islam yakni Hari Raya Aidiladha.  Pada harini, seluruh ummat Islam baik yang sedang mengerjakan ibadah haji di Baitul Haram Mekah dan juga ummat Islam lain yang berada di penjuru bumi lain sama-sama akan menyambut Hari Raya Aidiladha dan sama-sama saling bantu membantu dalam melakukan ibadah korban. Harini mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan keluarganya dalam menjalankan perintah-perintah Allah kepada mereka.

Bermula dari isterinya, Siti Hajar bersama anaknya, Nabi Ismail yang terpaksa ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir bagi melaksanakan perintah Allah kepadanya. Walaupun berat hati bagi baginda untuk meninggalkan isterinya dan anaknya yang pertama, baginda tetap teguh melaksanakan perintah Allah. Begitu juga dengan isterinya Siti Hajar yang pada mulanya tertanya-tanya tentang tindakan baginda meninggalkan beliau bersama Nabi Ismail yang ketika itu hanya seorang bayi. Dengan kerelaan hati dan kebulatan tawakkal kepada Allah, Siti Hajar merelakan diri untuk tetap tinggal bersendirian bersama anaknya, Nabi Ismail di tengah-tengah padang pasir gersang kerana yakin Allah tidak akan sia-siakan hambaNya yang beriman.

Setelah bertahun-tahun masa berlalu, kawasan dulunya padang gersang kini menjadi kawasan yang menjadi tumpuan para pedagang yang tertarik dengan kawasan yang dirahmati oleh Allah melalui pancuran air zam-zam hasil hentakan kaki Nabi Ismail A.S kita Siti Hajar mencari air menghilangkan dahaga yang berpanjangan. Kini Nabi Ismail telah menginjak umur dewasa, Nabi Ibrahim datang bertemu isteri dan anaknya yang lama ditinggalkannya. Datang pula perintah ilahi, menyuruh Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail untuk mematuhi ilahi. Sungguh berat hati seorang bapa untuk mengorbankan anak tercinta, tetapi Nabi Ismail tersenyum rela merelakan dirinya dikorban demi perintah Tuhan yang Esa.

Setelah keduanya bersiap sedia,
melaksanakan perintah yang Maha Esa,
berita gembira disampaikan kepada baginda,
bahawasanya kibas dijadikan gantian anaknya.

Persoalannya bagi kita, setakat mana kita mengetahui, memahami dan berusaha mencontohi baginda Nabi Ibrahim yang sanggup bekorban demi menunaikan perintah ilahi. Begitu juga Siti Hajar, sang isteri dan Nabi Ismail anaknya yang dikasihi, sanggup juga bekorban berkali-kali.

Begitulah namanya seorang hamba,
sanggup memberi apa yang ada,
kerana hakikat segala harta,
semuanya memang Allah yang punya.

Ayuhlah kita menghisab diri, setakat mana kita berkorban dan menurut perintah ilahi. Bagaimanakah peristiwa korban Nabi Ibrahim dengan keluarganya dapat kita contohi di dalam kehidupan kita bagi menambah keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah. Semoga setiap Hari Raya Aidiladha yang mendatang menjadi satu titik muhasabah bagi kita untuk menilai diri setakat mana kita telah bekorban untuk menegakkan kalimah ilahi.

Selamat Hari Raya Aidiladha, Semoga harini menjadi satu titik muhasabah untuk memajukan diri dalam berbakti menegakkan kalimah ilahi. Sekian.

Yang di Pertua Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan (PPINS)
Fakruradzi Abdullah

Monday 22 October 2012

Daripada berdiam kosong, lebih baik.....

Sekadar renungan di hari Isnin.

Apa yang kita selalu fikirkan ketika mengambil wudhuk? 


Daripada berdiam kosong, lebih baik jikalau kita berniat yang baik-baik. Mislanya :

  • Ketika berkumur, berniatlah dengan "Ya Allah, Kau ampunilah dosa dari setiap perkataan yang keluar dari mulut dan lidahku ini."
  • Ketika membasuh muka, berniatlah dengan "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak dan janganlah kau hitamkan mukaku ini."
  • Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah dengan "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kanan ku ini." 
  • Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini"
  • Ketika membasuh kepala, berniatlah dengan "Ya Allah, lindungilah daku dari panas terik matahari di padang Masyar dengan Arasy-Mu"
  • Ketika membasuh telinga, berniatlah dengan "Ya Allah ampunilah dosa dari ape yang aku dengari dari telingaku ini sama ade dengan sengaja atau tidak sengaja"
  • Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah dengan "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim"
  • Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah dengan "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, rurau-surat, dan bukan tempat-tempat maksiat"
  • Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah dengan "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid dan surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
SELAMAT MENCUBA ^_^

Copyright @ Azirah Hisham

Sunday 7 October 2012

Program Kebajikan Bersama Anak-anak Yatim dan Tahfiz Al-Habbah

Pada 6 Oktober 2012 bersamaan 20 Zulkaedah 1433 Hijrah, Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan(PPINS) telah menganjurkan Program Kebajikan Bersama Anak-anak Yatim dan Tahfiz Al-Habbah, Batu Caves, Selangor. Program ini bertujuan untuk kami mendekati golongan-golongan istimewa yang Allah kurniakan di muka bumi ini di samping membantu meringankan beban pihak pusat kebajikan anak-anak yatim ini. Kami melakukan aktiviti gotong-royong serta membawa beberapa penghuni rumah tersebut bersiar-siar.

Keadaan bilik asrama sebelum dicat

antara peserta yang cukup bersemangat

Maka, proses mengecat pun bermula..





sempat bermesra dengan penghuni pusat kebajikan

Keadaan bilik selepas di cat



Pada waktu petang, majlis penutup diadakan. Terdapat sesi sumbangan asasi, persembahan nasyid, ucapan dan fotografi. Dengan ini, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong usaha kami untuk membantu umat Islam dan diharapkan agar usaha seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.