Friday 24 August 2012

Konvoi Raya PPINS 2012

Assalamualaikum w.b.t.
Taqaballahu minna wa minkum..
Minal 'Aidil wal Faaizeen.

Ramadhan kini berlalu pergi, Syawal mulia datang kembali. Alhamdulillah, sudah masuk Syawal yang ke-6. Belum terlewat lagi untuk PPINS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Semoga Syawal kali ini memberi seribu makna buat anda dan keluarga.

Jadi di kesempatan ini, PPINS akan menganjurkan Konvoi Raya PPINS bukan sahaja untuk kalangan ahli Persatuan Pelajar Islam sahaja, malah terbuka kepada sesiapa yang ingin menyertainya. Lagi ramai lagi meriah. Salah satu objektifnya tak lain dan tak bukan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara saudara sesama Islam juga untuk mengenali latar belakang keluarga sesama sendiri. Kata orang, tak kenal maka tak cinta.

Jadi, kami sertakan sekali jadual untuk Konvoi Raya PPINS 2012 yang mana akan bermula dari 25 Ogos 2012 hingga 2 September 2012.
  • 25 Ogos : Melaka
  • 26 Ogos : Seremban dan Senawang
  • 27 Ogos : Tampin dan Kuala Pilah
  • 28 Ogos : Nilai
  • 29 Ogos : Sambutan Raya UIAM Gombak
  • 30 Ogos : Sambutan Raya UIAM Petaling Jaya
  • 31 Ogos : Shah Alam 
  • 1 September : Palong dan Jelai
  • 2 September : Jelebu.

Jika berminat untuk sertai Konvoi Raya PPINS 2012 ini, sila hubungi Adam 012-22371707.
Sebarang perubahan akan diberitahu.
Mudah-mudahan, program kami kali ini berjalan dengan lancar hendaknya. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Thursday 23 August 2012

Selamat Berjaya Calon UPSR SK Palong 4!!

Pada 15 Ogos lepas, beberapa wakil dari Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan telah ke SK Palong 4 bagi menghadiri majlis bacaan surah Yaasin dan solat hajat bagi mendoakan kejayaan untuk murid-murid SK Palong yang akan menghadapi UPSR tidak lama lagi. Dengan kehadiran kami, dapatlah beri sokongan moral kepada mereka agar mereka lebih bersemangat untuk terus belajar dan mencapai keputusan yang cemerlamg dalam peperiksaan UPSR.












Tuesday 14 August 2012

Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jamae


Bismillahirrahmanirrahim...

Pada 12 Ogos yang lepas, Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan bersama ABIM dan WADAH telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jamae di Masjid Negeri Sembilan. Para peserta terdiri dari pada murid-murid dari Sekolah Agama Rakyat di sekitar Negeri Sembilan. Pada waktu pagi, para murid didedahkan dengan ilmu tajwid yang asas sambil dibantu oleh fasilitator. Pada waktu petang, terdapat persembahan Qasidah daripada finalis Akademi Al-Quran musim ke-5, Husaini dan seorang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia. Selain itu, terdapat juga ceramah yang disampaikan oleh Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Ustaz Tuan Nor Azamir Alias. Alhamdulillah, dengan berkat Allah dan usaha dari semua pihak, program ini dapat dijalankan dengan baik. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu.














Monday 6 August 2012

Sebar Ilmu @ Masjid

Assalamu'alaikum... Baru-baru ini berjaya mengadakan program yang dinamakan SEBAR ILMU @ MASJID. Program ini telah diajalankan pada 30 Julai, 2 Ogos dan 3 Ogos di masjid-masjid terpilih iaitu Masjid UIA Gombak  Masjid UIA PJ, Kuala Lumpur dan Masjid Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Tujuan program ini diadakan ialah untuk menyebarkan mesej Islam melalui pengedaran Risalah Ilmu Islam edisi kedua di samping iftar dan menunaikan solat jemaah bersama bagi menunjukkan kepada para peserta bahawa berdakwah sebenarnya tidaklah susah seperti yang disangka. Terima kasih kepada semua warga Persatuan Pelajar Negeri Sembilan dan wakil dari Badan Gabungan Negeri yang lain yang turut memberi sokongan terhadap program ini.

MASJID UIA GOMBAK- 30 JULAI 2012








MASJID UIA PJ- 2 OGOS 2012




MASJID BANDAR BARU NILAI- 3 OGOS 2012