Monday 25 June 2012

Kem Insan Dinamik SK Palong 4 2012

Assalamu'alaikum kepada para pembaca. Kali ini, Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan(PPINS) telah menganjurkan sebuah program motivasi yang dinamakan Kem Insam Dinamik di Sekolah Kebangsaan Palong 4, Negeri Sembilan pada 22 Jun hingga 24 Jun 2012. Kumpulan sasaran kami merupakan pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi.

Objektif kami adalah untuk menyiapkan fizikal dan mental pelajar untuk murid-murid SK Palong bagi menghadapi peperiksaan UPSR di samping menerapkan nilai-nilai Islam ke dalam diri mereka. Walaupun semolah itu terletak jauh di pedalaman, namun itu tidak mematahkan semangat pasukan kami untuk membantu dan mendidik anak-anak kecil di sana. Terdapat pelbagai agenda disajikan untuk mereka seperti "Diari hatiku", "Aku cinta padamu", qiyamulail, riadhah dan lain-lain.

Alhamdulillah program ini dapat berjalan dengan lancar dan kami menerima respon yang positif daripada pihak sekolah. Semoga usaha ini diberkati Allah dan diharapkan agar calon-calon UPSR berkenaan berjaya dalam hidup mereka.









Wednesday 20 June 2012

Malam Tautan Negeri CFS IIUM Gombak

Assalamu'alaikum kepada semua para pembaca. Pada 19 Jun 2012, Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan(PPINS) telah mengadakan Malam Tautan Negeri di Mahallah Maryam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Malaysia.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mencari kaderisasi yang baru untuk mengisi keahlian bagi Pelajar Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan. Kumpulan sasaran merupakan pelajar Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan. Alhamdulillah walaupun ada beberapa halangan pada mulanya, kami berjaya mengumpulkan ramai pelajar di sana.

Kami hanya menyasarkan 30 orang hadir pada malam itu. Alhamdulillah Allah telah membukakan hati lebih ramai pelajar untuk hadir pada malam itu. Ucapan diberikan oleh saudara Fazril pada mulanya yang merupakan wakil dari Persatuan Pelajar Kebangsaan Pelajar Islam(PKPIM).


Seterusnya, wakil-wakil dari Badan Gabungan Negeri membuat sedikit penerangan dan permainan kepada pelajar-pelajar yang hadir pada malam itu dan diakhiri dengan penerangan tentang PPINS yang disampaikan oleh saudara Fakruradzi, Yang Di-Pertua PPINS.

Selepas itu, pelajar-pelajar berkenaan dipecahkan mengikut Badan Gabungan Negeri masing-masing. Alhamdulillah, PPINS berjaya menarik 10 orang ahli baru pada malam itu. Menepati sasaran kami. 

Sedikit gambaran untuk malam tersebut:





Akhir sekali, semoga Malam Tautan Negeri yang akan diadakan di UIA PJ lebih berjaya daripada malam tersebut. SATUKAN HATI KAMI.